Moneygram Melebarkan Sayapnya, Hadir Dengan Visi Dari “Kripto Ke Tunai”!

620

Pada hari ini, Moneygram International Inc. (NASDAQ: MGI) mengumumkan bahawa syarikat itu “telah menyelesaikan pelaburan minoriti strategik dalam Coinme, iaitu syarikat pertukaran tunai aset kripto terkemuka di A.S.”. Usaha ini memberikan Moneygram anggaran 4% pegangan pemilikan dalam Coinme.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Moneygram, Alex Holmes, berkata :

“Di Moneygram, kami terus yakin dengan peluang besar yang wujud dalam dunia aset kripto yang sentiasa berkembang dan keupayaan kami untuk beroperasi sebagai jambatan dalam menghubungkan aset digital kepada mata wang fiat tempatan .”

Pelaburan oleh Moneygram akan menyokong rancangan pengembangan antarabangsa Coinme dan inisiatif pertumbuhan lain.

Sejak ditubuhkan pada 2014, Coinme kini beroperasi di 48 buah negeri dan bakal mengembangkan lagi di peringkat antarabangsa dalam waktu yang terdekat. Coinme juga telah bekerjasama dengan Coinstar yang menyediakan perkhidmatan automatik yang popular kepada mereka yang ingin menukar kripto kepada wang kertas, bagi membolehkan pembelian bitcoin di lebih 21,000 kiosk Coinstar. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Moneygram juga telah memberi perkhidmatan kepada hampir 150 juta orang di seluruh dunia.

“Moneygram dan Coinme juga berkongsi visi untuk mengembangkan akses kepada aset digital dan aset kripto.” – Holmes

Ketua Pegawai Eksekutif Moneygram juga menambah :

“Sambil kami mempercepatkan usaha inovasi kami, perkongsian dengan syarikat permulaan seperti Coinme akan memajukan kedudukan kami sebagai peneraju industri dalam penggunaan blockchain dan teknologi yang sama.”

“Tawaran unik kami “cash-to-bitcoin” dengan Coinme, diumumkan pada Mei 2021, membuka perniagaan kami kepada segmen pelanggan baharu sepenuhnya, dan kami tidak boleh terlebih gembira dengan kemajuan ini” sambungnya.

Pada bulan Mei lalu, Moneygram mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat merancang untuk mencipta model “crypto-to-cash” dengan membina jambatan untuk menghubungkan bitcoin ke mata wang fiat tempatan. Perkongsian itu membolehkan Moneygram membenarkan pelanggan membeli dan menjual bitcoin di 12,000 lokasi.M

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat