Kenapa Forex Trading Bukanlah Sesuatu Bidang Berisiko Tinggi

231

Forex bukanlah satu perkara yang BERISIKO TINGGI!

Ramai yang tanya saya, forex ni risiko tinggi, betul ke? Saya jawab TAK BETUL. Kenapa? Forex tak berisiko bagi saya.

Saya lebih berisiko untuk gagal, kalau saya kena jual ayam goreng tepi jalan. Ataupun saya kena pergi kerja Engineer menggunakan Degree Electrical Power Engineering yang saya peroleh dari UNITEN 5 tahun lepas. Itu lebih risiko tinggi bagi saya untuk gagal.

Apa sahaja risiko, dapat meminimakan dengan ilmu dan pengalaman.

Pergi suruh seorang pemandu F1, yang saban hari memang membesar dengan kereta racing, berlumba. Suruh dia kupas NYOK tua tengok. Ha ha. Agak-agak dia boleh tak buat?

Kenapa winning ratio dalam forex sangat rendah? Ramai yang gagal?

Sebab level entry untuk start trade forex, tanpa belajar bagi forex ni terlalu mudah. Tak perlu ada degree nak trade forex. Tak perlu ada sijil ekonomi untuk trade forex. Sebab itu ramai yang gagal. Level akses terlalu mudah.

Tak belajar segala ilmu lengkap manage risk, money management dan sebagainya. Terus boleh trade. Ini bukan tikam ekor brother!

Dalam bisnes pun ramai yang kita dengar gagal, kenapa? Sebab sesiapa sahaja boleh berniaga. Hipotesisnya, semakin mudah “level entry tanpa ilmu” sesuatu bidang itu, semakin lebih tinggi peluang untuk orang ramai gagal dalam sesuatu bidang tersebut.

Ramai pula yang baru nak belajar forex, pergi dengar cakap yang gagal. Dah nak tanya nasihat, kenapa tanya orang yang gagal? Ramai orang bertanya sesuatu bukan kepada AHLI nya. Inilah masalah. Gagal mendapat jawapan yang betul.

Risiko? Minimakan risiko dengan ilmu dan pengalaman. Semua orang ada risiko masing-masing. Tetapi anda lah yang bertanggung jawab untuk untuk minimakan risiko atau tidak.

Saya rasa tugas paling berisiko tinggi bagi saya adalah apabila perlu bagi mandi baby saya, time isteri saya demam. Ha ha. Alhamdulillah, semua dah sihat sekarang. Hilang risiko saya. Apa risiko anda?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat