Muktamad! Rusia Terima Aset Kripto Sebagai Mata Wang Sah

1,112

Selepas pengumuman sekatan terhadap mata wang kripto oleh Bank of Rusia, presiden negara, Vladimir Putin selamatkan keadaan dengan tidak memihak kepada keputusan bank pusat itu.

Terbaru, penyelia Rusia bersetuju untuk menerima aset digital sebagai satu lagi bentuk mata wang.

Pengumuman ini diumumkan sendiri oleh media berita – Kommersant sebentar tadi.

Nampaknya bank pusat dan pihak kerajaan telah mencapai kesepakatan dalam ruang kripto setelah berselisih pendapat tempoh hari.

Difahamkan pihak penyelia Rusia sedang menyiapkan rang undang-undang yang akan menetapkan kripto sebagai ‘mata wang analog’ bermula 18 Februari berbanding dianggap sebagai aset kewangan digital.

Mereka mahu penerimaan dan penggunaan mata wang kripto dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, bersama-sama identiti lengkap menerusi sistem perbankan atau perantara yang berlesen.

Pada masa yang sama, keputusan ini akan menguntungkan Rusia 2x ganda – selain daripada perlombongan kripto – kerana pengenalan cukai kripto mampu menjana sehingga $1 trilion ruble (~RM56,029,610).

Semestinya ini khabar yang mengujakan bagi komuniti kripto. Bagaimanapun, dalam laporan yang berbeza: sebarang transaksi kripto yang melibatkan lebih 600,000 ruble (~RM33,605) di Rusia dianggap sebagai satu jenayah.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menerima kripto sebagai medium pembayaran secara haram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat