Eh Nanti Dulu! Presiden Rusia Mahu Pasaran Kripto Bertumbuh Di Negaranya

751

Dalam perkembangan terbaru, presiden Rusia – Vladimir Putin memilih untuk tidak memihak dengan keputusan Bank of Rusia yang mahu menyekat perlombongan dan perdagangan kripto di negara itu.

Jelasnya, kripto memiliki kelebihan dan masa depan yang cerah walaupun membawa impak negatif seperti: risiko yang tidak dijangka dan ketidaktentuan harga:

“Kita memiliki kelebihan dari aspek daya saing tertentu di negara ini, terutama perlombongan kripto. Maksud saya, memiliki lebihan tenaga elektrik dan pasukan terlatih.”

Disebabkan itu, Putin menggesa bank pusat untuk mencapai kesepakatan dengan pihak kerajaan untuk menimbang semula keputusan yang diumumkan tempoh hari.

Seperti yang dilaporkan oleh Intraday, Bank of Rusia menolak kehadiran kripto di negara itu kerana industri ini terdedah dengan pelbagai risiko termasuk volatility yang tinggi, dan kegunaannya dalam aktiviti haram.

Keputusan yang diambil bank pusat Rusia telah mengundang keparahan pasaran kripto yang sudah kritikal gara-gara pengumuman The Fed.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan Rusia tidak bersetuju dengan keputusan bank pusat dan mencadangkan penggubalan undang-undang terhadap mata wang kripto.

Salah satu faktor kepada penyanggahan ini ialah pihak kerajaan mendapati perlombongan kripto menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Fakta yang diperlu diketahui – Rusia berada di kedudukan ketiga dengan kadar hashrate sebanyak 11% selepas Amerika Syarikat (AS), 35%; Kazakhstan , 18%.

Tidak cukup dengan itu, Rusia memiliki rekod tahunan transaksi kripto bernilai sekitar $5 bilion.

Ketika penulisan, pasaran kripto dilihat positif didominasi oleh Bitcoin (BTC) yang mencatatkan peningkatan harga sebanyak 4%, didagangkan pada $37,362.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat