Situasi Ini Harus Diperhatikan! Bekas CEO BitMEX Nasihatkan Pelabur Bitcoin Berwaspada

2,183

Pengasas bersama BitMEX Arthur Hayes telah berkongsikan mengenai paras harga yang harus dijadikan panduan dan ramalan harga Bitcoin berdasarkan analisis beliau. Beliau menunjukkan kesangsian bahawa harga Bitcoin akan jatuh sehingga menguji semula paras harga $28,500.

Bekas CEO itu menekankan bahawa harga kriptowang telah jatuh merudum dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini walaupun the Fed masih belum menaikkan kadar lagi. Justeru beliau menjangkakan bahawa harga bitcoin akan membuat pembetulan lebih lanjut jika The Fed memutuskan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan Mac.

Beliau walaubagaimanapun, menyatakan keraguan bahawa tindakan the Fed tidak akan memberi kesan pada perilaku pasaran. Menurut beliau pasaran telah memberi reaksi walaupun dengan ketidakkonsistenan yang ditunjukkan oleh the Fed.

Bagi berhadapan dengan perkara tersebut, pemain pasaran boleh membuat persediaan dengan memerhatikan paras harga sokongan sebenar Bitcoin seterusnya pada $28,500 dimana ia merupakan paras terendah pada bulan Julai tahun lepas. Jika paras harga ini ditembusi maka terdapat kebarangkalian harga Bitcoin akan jatuh ke paras harga $20,000.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini, the Fed akhirnya telah menyatakan kesediaannya untuk menaikkan kadar faedah tidak lama lagi pada mesyuarat polisi FOMC yang berlangsung awal pagi tadi.

Kenyataan itu dibuat sebagai tindak balas kepada inflasi yang meningkat ke tahap tertinggi hampir 40 tahun dan pasaran pekerjaan yang menunjukkan pengukuhan dengan kadar pengangguran telah kembali ke tahap pra-pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat