Tergempar! Bank Pusat Rusia Mahukan Kripto Diharamkan Sepenuhnya!

2,592

Laporan tergempar, selepas Pakistan mengambil tindakan keras terhadap kripto dengan mengharamkannnya di negara itu, kini Bank Pusat Rusia itu dilihat bakal mengambil langkah yang sama. Berdasarkan laporan terbaru, Bank Pusat Rusia sedang merancang untuk menjadikan perdagangan kripto, perlombongan dan apa-apa yang terkait sebagai suatu perkara yang tidak dibenarkan di negara itu.

Pengarah Jabatan Kestabilan Kewangan Bank of Russia, Elizaveta Danilova memaparkan sebuah laporan yang bertajuk “Mata Wang Kripto: trend, risiko, langkah”. Berdasarkan laporan itu, dinyatakan bahawa mata wang kripto adalah sangat volatile dan seringkali digunakan dalam aktiviti pengubahan wang haram dan penipuan. Ia membolehkan mereka yang tidak berniat baik mengeluarkan wang haram itu keluar daripada ekonomi negara.

Atas dasar itu Bank Pusat mencadangkan pentadbiran Rusia menggubal undang-undang dan peraturan baharu yang secara amnya bermaksud untuk mengharamkan sebarang aktiviti yang melibatkan kripto di negara itu.

Laporan itu ada menyebut bahawa larangan penggunaan kripto sebagai medium transaksi harus diusahakan dan individu mahupun syarikat yang terlibat harus dihukum.

Bukan itu sahaja, perlombongan mata wang kripto yang berkembang pesat di Rusia sejak beberapa tahun lalu turut termaktub sekali. Agak klise kerana baru-baru ini, Bank of Russia menyatakan bahawa Rusia melaksanakan lebih daripada $5 bilion dagangan kripto dalam setahun.

Di tengah perkembangan kripto, Rusia dilihat lebih cenderung mengikut jejak langkah Pakistan dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat