Mulakan Dagangan Awal Minggu, EUR/USD Sambung Penurunan

149

US dolar dilihat mengekalkan rentak pengukuhan pada pembukaan awal minggu ini semalam yang mengakhiri dagangan bagi bulan Oktober.

Penganalisis memberi amaran untuk pergerakan tak menentu bagi US dolar menjelang mesyuarat FOMC dan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini yang boleh membuatkan pelabur mengambil langkah lebih berhati-hati.

Namun, US dolar berjaya mengukuh pada Isnin semalam menyambung momentum pada minggu lalu susulan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan pengetatan dasar agresif.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan corak penurunan diteruskan dengan sekitar 90 pips penurunan harian dicatatkan semalam.

Berlegar di sekitar paras 0.99500 di sesi Asia semalam kemudiannya menyaksikan harga menyusur lebih rendah sehingga ke paras jangkaan pada 0.98800 yang turut menjadi tumpuan minggu lalu.

Harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menunjukkan isyarat pergerakan kekal bearish.

Berdasarkan corak yang dipaparkan, harga dilihat lebih cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah.

Penurunan lebih rendah jika melepasi paras 0.98800 seterusnya dilihat akan menuju sekitar 0.98000 sebelum ke paras sokongan 0.97000.

Sementara, jika harga melantun semula membuat kenaikan, rintangan 0.99500 hingga pariti 1.0000 akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Selepas isyarat perubahan trend harga, kenaikan bakal diteruskan untuk menuju semula rintangan pada zon 1.01000 yang hampir dicapai pada minggu lalu.

Melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu dengan sasaran pada 1.03000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat