Mungkinkah Ada Peluang Cerah Untuk Komoditi Hitam Penghujung Bulan Ini?

31

Harga minyak meningkat sekitar 1 peratus pada Isnin apabila OPEC dikatakan sedang menghampiri mesyuarat yang bakal memotongkan lebihan pengeluaran minyak mentah yang telah menyebabkan penurunan harga selama lebih dua tahun lalu.

Minyak Brent mentah antarabangsa diniagakan meningkat kira-kira 49 sen sejak harga penutup sesi sebelum ini.

WTI mentah juga diniagakan meningkat sebanyak 44 sen kepada $46.14 setong.

Pasaran semakin menguat semenjak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum akan melaksanakan pembekuan pengeluaran sebagi usaha untuk menaikkan semula harga pasaran bagi komoditi tersebut.

Sebelum ini, pasaran itu mengalami kejatuhan harga selama lebih dua tahun akibat pengeluaran output yang melebihi permintaan.

Pun begitu, perjanjian ini dikatakan agak sukar dimuktamadkan berikutan beberapa pengeluar, terutamanya Iran enggan untuk bekerjasama bagi membendung isu ini.

Iran mula meningkatkan output sejak sekatan pengeluaran minyak antarabangasa terhadap negara tersebut ditarik balik pada Januari lepas.

Tumpuan juga diberikan buat negara-negara pengeluar minyak mentah terbesar lain seperti Arab Saudi untuk turut bekerjasama dalam menangani isu terbabit.

Barclays juga berpendapat bahawa perjanjian bagi mengehadkan bekalan mungkin dapat dicapai oleh beberapa buah negara, namun pembekuan berskala kecil hanya akan memberi impak minimum buat pasaran.

Dalam masa yang sama, Bank British berpendapat bahawa OPEC akan mengakhiri mesyuarat penghujung November ini untuk membekukan bekalan dengan kenyataan bermaruah.

Sementara itu, Jepun iaitu pengguna minyak keempat terbesar di dunia melaporkan kejatuhan sebanyak 9.5 peratus bagi import minyak mentah bagi bulan Oktober kepada 2.78 juta tong sehari.

Kini Giliran Takako Masai Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Ekonomi Jepun. Anda Tahu Siapa Beliau?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat