Kini Giliran Takako Masai Menyuarakan Kebimbangan Terhadap Ekonomi Jepun. Anda Tahu Siapa Beliau?

49

Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden baru, Brexit, dan kelemahan sektor kewangan Kesatuan Eropah merupakan tanda-tanda kelemahan global bagi masa akan datang. Menurut Takako Masai, ahli lembaga Bank of Japan lagi, punca-punca itu juga menyebabkan pasaran matawang turun naik dengan sangat ‘liar’.

Masai berkata dalam satu ucapan kepada pemimpin perniagaan di Saitama, Jepun, ketidakpastian tentang dasar ekonomi Trump juga akan mengganggu ketenangan pasaran. Beliau juga meluahkan kebimbangan bahawa keraguan terhadap ekonomi di luar negara boleh menjejaskan sentimen di Jepun.

Menurut teks ucapan beliau, Masai bimbang perubahan mendadak yang dialami khususnya terhadap pasaran matawang. Hal ini kerana, isu seperti ini akan memberi kesan negatif terhadap sentimen. Pelabur akan menganggap sentimen ekonomi Jepun apabila melihat kepada keadaan terkini pasaran matawang.

Masa ini juga adalah saat yang genting buat BoJ kerana kemenangan Trump mencetuskan penjualan besar-besaran terhadap bon global.  BoJ juga terpaksa meletakkan keuntungan hasil penjualan bon dalam rangka kerja dasar terkini bank pusat tersebut.

Pada bulan September, BoJ mula menumpukan sasaran dasar kepada kadar faedah yang perlu ditetapkan berbanding langkah untuk memperluaskan asas kewangan.

BoJ meletakkan kadar pada paras negatif 0.1 peratus dan membeli hutang pada kadar sifar peratus.

Dasar ini agak mengelirukan kerana peniaga tidak pasti sejauh mana BoJ sanggup membiarkan kadar hasil bagi tempoh 10 tahun itu kekal pada kadar tersebut.

Artikel Ini Mendedahkan Secara Terperinci Tentang Usaha BNM Dalam Melindungi Kejatuhan Nilai Ringgit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat