Musk Ingin Bawa Perubahan Dalam Isu ‘Mining’, Ini Yang Terjadi Pada Kripto Hari Ini!

1,275

Harga bitcoin pada hari ini telah menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari sebelumnya dengan menghampiri harga Bitcoin (BTC) melonjak sehingga paras $ 40,000 sekali lagi setelah Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk memuat naik tweet bahawa beliau sedang mengadakan perbincangan aktif dengan pelombong bitcoin mengenai isu kelestarian alam sekitar.

Pada hari Selasa, BTC akhirnya menembusi paras rintangan $37,000 dan akhirnya melonjak ke paras $39,000 sebelum turun ke bawah paras $37,000 kembali.

Harga Ethereum telah meningkat sekitar 7% menjadi $ 2,453.48 dalam 24 jam terakhir, sementara dogecoin telah menunjukkan peningkatan hampir 3% menjadi 33 sen untuk seunit DOGE.

Musk telah memuat naik tweet yang menyatakan bahawa,” Baru sahaja selesai perbincangan dengan para pelombong Bitcoin. Mereka berkomitmen untuk menerbitkan penggunaan yang boleh diperbaharui dan meminta para pelombong untuk mematuhinya”.

BTC munjukkan peningkatan harga sebanyak 4% susulan laporan tersebut sebelum membuat penyusutan ke paras harga $38,000.

Disisi lain, Ketua Pegawai Eksekutif Microstrategy Michael Saylor membuat kenyataan bahawa program perbincangan itu dianjurkan oleh beliau yang mempertemukan CEO Tesla dan beberapa pelombong Bitcoin, dimana akhirnya ia membawa kepada natijah pembentukan Majlis Perlombongan Bitcoin, yang akan mempromosikan kelestarian alam.

Ketika penulisan harga BTC sedang diperdangangkan pada paras harga $37,940.36. Bitcoin masih diperdagangkan sideway, namun jika ia jatuh dibawah paras harga $36,000 maka ada potensi bahawa ia akan terus jatuh keparas sokongan seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat