Carta harga pasangan mata wang GBP/USD papar lonjakan 100 pips pada Selasa semalam meneruskan pergerakan trend bullish seperti yang dijangkakan.
Situasi masih didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru terus memberi bayangan untuk Federal Reserve (Fed) semakin menuju ke arah pelonggaran dasar monetari mereka.
Pada sesi New York malam ini pula, data pekerjaan ADP AS dan tinjauan sektor perkhidmatan pula akan diberikan perhatian yang akan memacu pergerakan US dolar selanjutnya.
Kesan penyusutan berterusan US dolar kekal memberi kelebihan kepada Pound untuk terus meningkat ke paras ketinggian terbaru.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-parah-gold-hampiri-ath
Lonjakan harga pada carta GBP/USD yang berlaku semalam telah mengatasi ketinggian pada Januari lalu dan juga Disember 2022, mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 bulan mencapai 1.25000!
Jika diperhatikan, harga pada mulanya berlegar perlahan di paras 1.24000 yang sebelum ini merupakan paras rintangan harga pada dagangan minggu lalu.
Kemudian lonjakan diteruskan mencapai paras 1.25000 dengan jangkaan trend bullish akan dikekalkan lagi susulan harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Sasaran seterusnya berada pada ketinggian 1.26000 dengan jarak 100 pips lagi dari paras semasa jika kenaikan harga berjaya diteruskan lagi.
Sementara, jika harga gagal menyambung kenaikan melepasi paras 1.25000, penurunan harga akan kembali singgah semula pada 1.24000 dan bakal mengundang reaksi menarik harga.
Terjunan lebih rendah harga akan memberi isyarat awal perubahan trend bakal bermula dan seterusnya zon 1.23000 pula akan diuji.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG