Nah RBA! Inflasi Australia Rupanya Makin Ganas

219

Bacaan terbaru inflasi Australia pastinya bukan sahaja mengejutkan pasaran, tetapi juga Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah memperlahankan kenaikan kadar faedahnya awal bulan ini.

Tanpa dijangka, indeks harga pengguna (CPI) Australia melonjak 1.8% pada suku ketiga, mengatasi ramalan pasaran untuk kenaikan 1.6%.

Selain itu, data yang didedagkan Biro Perangkaan Australia (ABS) turut menunjukkan bahawa inflasi tahunan meroket 7.3% daripada 6.1%, tertinggi sejak 1990 dan hampir tiga kali ganda kadar pertumbuhan gaji.

Ukuran nflasi teras juga meningkat 1.8% pada suku yang sama, sekali gus meningkatkan kadar tahunan kepada 6.1% dan jauh tersasar daripada unjuran 5.6%.

Angka yang dicatatkan ini pastinya bukan kemahuan RBA yang menjangkakan inflasi teras akan memuncak kepada 6.0% pada suku Disember manakala inflasi utama diunjurkan meningkat 7.75%.

Ekoran daripada bacaan baharu ini, penganalisis memberi amaran bahawa kedua-dua inflasi teras dan utama akan melonjak lebih tinggi pada suku keeempat.

Dolar Aussie yang mendapat sokongan daripada kelemahan US dolar, menokok lebih jauh susulan penerbitan data ini dengan harapan RBA akan kembali agresif mengetatkan dasar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat