Nak Dapatkan Petunjuk Prospek Kenaikan Kadar Fed Seterusnya? Ikuti Semua Event Penting Ini!

40

Selepas meninggalkan dasar monetari tidak berubah sebelum ini dan melabel kelemahan ekonomi di dalam suku pertama hanya bersifat “sementara”, penampilan beberapa penggubal dasar yang di jadual berucap bermula lewat hari ini boleh memberi peluang kepada pasaran utnuk mendapatkan maklumat lanjut menegnai prospek kenaikan kadar Jun ini. Dalam masa yang sama, pasaran juga bakal mencari petunjuk mengenai pengubahsuaian semula balance sheet yang diperkatakan oleh Fed sebelum ini.

Antara ucapan yang bakal menjadi tumpuan ialah ucapan Pengerusi Fed, Janet Yellen yang bakal mengupas topik mengenai “125 Tahun Penyertaan Wanita dalam Ekonomi”, awal pagi nanti. Melalui ucapan ini, beliau dijangka akan memberikan sedikit petunjuk mengenai dasar kewangan semasa di Amerika Syarikat.

Selepas Pengerusi Fed, penampilan daripada “Yellen kedua” turut mencuri pandangan pasaran apabila Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer dijadual akan memberi ucapan berkisar “Hal Ehwal Monetari dan Jawatankuasa Peraturan pada 11.30 malam. Perhimpunan umum yang diadakan di Univerisiti Stanford ini dikatakan akan membincangkan isu-isu seperti saiz balance sheet Fed, perubahan kadar faedah, termasuk pembelian asset secara umum.  Di dalam ucapan ini, Fischer dijangka akan memberikan pandangan mengenai rancangan Fed dalam menyingkirkan dasar akomodatif.

Tiga lagi penggubal dasar Fed, Presiden Fed St. Louis, James Bullard, Presiden Fed Chicago, Charles Evans dan Presiden Fed Boston, Eric Rosengren akan mengambil bahagian sebagai panel dasar di dalam persidangan yang akan mempunyai sesi soal jawab diantara penonton dan media.

Di tempat lain, Ketua Fed San Francisco, John Williams akan memberi ucaptama di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Shado bagi membincangkan isu penyusunan semula yang sedang dirangka oleh Fed.

Menurut Fed rate monitor tools, pasaran menjangkakan prospek kenaikan sebanyak 67 peratus pada mesyuarat Jun, menjelang pengumuman laporan sektor pekerjaan bulan April.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain meningkat setinggi 0.01 peratus kepada 98.62, manakala niaga emas melonjak setinggi $4.78 kepada $1,233.38.

Gabenor Bank Pusat Jepun Ini Menaruh Keyakinan Bahawa Inflasi Boleh Mencapai Sasaran 2 Peratus!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat