Gabenor Bank Pusat Jepun Ini Menaruh Keyakinan Bahawa Inflasi Boleh Mencapai Sasaran 2 Peratus!

60

Menurut laporan CNBC, Gabenor Bank Pusat Jepun, Haruhiko Kuroda menaruh keyakinan terhadap jangkaan kenaikan kadar inflasi dengan lebih ketara disebabkan rangsangan monetari besar-besaran dan sokongan fiskal.

Dalam temubual yang berlangsung pada Jumaat, rakyat Jepun masih ragu-ragu dengan prospek kenaikan inflasi buat masa ini. Namun begitu, Kuroda percaya bahawa dasar kewangan yang berterusan disamping sokongan dasar fiskal mampu untuk memberi suntikan kepada harga.

Menurut gabenor itu lagi, ekonomi Jepun telah menunjukkan trend pemulihan yang kukuh bagi suku yang lepas. Pemulihan ini secara tidak langsung telah membantu untuk merapatkan jurang pengeluaran dan mengetatkan pasaran buruh yang akhirnya bakal menaikkan inflasi kepada sasaran 2 peratus.

Di Yokohama iaitu bahagian Timur Jepun, Kuroda mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kewangan yang lain di mesyuarat Tahunan Bank Pembangunan Asia.

Jangan Abaikan Sentimen Yang Menimpa Matawang Utama Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat