Nak Ketahui Kenapa 2024 Akan Jadi Tahun BTC? Baca Sini!

1,121

“Ada kata sekarang dah bull run ada kata lepas halving nanti, korang pula rasa yang mana satu?”

Kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada minggu lepas dan acara halving BTC yang dijadualkan pada April 2024 dijangka melihat perubahan penting dalam bekalan serta permintaan.

Dari segi permintaan, kelulusan SEC terhadap spot BTC ETF dapat membenarkan sebilangan besar pelabur baharu mencari pendedahan pada harga BTC secara langsung dalam akaun pelaburan tradisional mereka.

Bagi bekalan pula, kekurangan BTC meningkat setiap empat tahun, di mana halving BTC ialah proses apabila ganjaran untuk mining aset digital itu dipotong separuh yang mengurangkan kira-kira 50% kadar pengeluaran BTC baharu.

Memang tidak dinafikan masa sebenar peristiwa itu boleh diramalkan, tetapi pasaran kripto ambil masa cari keseimbangan harga baharu susulan jika dilihat halving BTC sebelum ini, terdapat peningkatan ketara dalam bulan dan tahun.

Halving terakhir BTC berlaku pada 11 Mei 2020, jadi di sini dapat dilihat ganjaran blok turun daripada 12.5 BTC kepada 6.25 BTC kemudian harganya berkembang 52% dan kenaikan paling pesat berlaku dalam 9 sehingga 12 bulan pertama selepas peristiwa itu.

Mengaplikasikan model stock-to-flow yang cuba mengukur nilai aset memiliki bekalan terhad, didapati BTC mampu didagangkan $62,000 pada April 2024 yang mewakili peningkatan 34% berbanding harga semasa pada 10 Januari 2024.

Landskap aset digital terutamanya BTC ditetapkan untuk perubahan ketara pada tahun ini susulan kelulusan spot BTC ETF oleh SEC dan acara halving bersedia bagi membentuk semula bekalan serta permintaan aset digital itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat