Nak Tahu Kenapa GBP/USD Diramalkan Bakal Menjunam? Baca Ini

1,387

Dagangan Pound Sterling bakal bergelora susulan data ekonomi yang diterbitkan pada minggu ini yang mengecewakan.

Laporan data pekerjaan UK yang diterbitkan semalam dilihat di tahap membimbangkan apabila kadar pertambahan pekerjaan mencatatkan kejatuhan terbesar sejak 2009. Berita tersebut bakal membuatkan pelabur berjaga-jaga walaupun kadar pengangguran tidak mencatatkan perubahan.

Pada sesi Eropah hari ini pula, data pertumbuhan GDP bulanan UK pada Jun meningkat kepada 8.7% daripada 2.4%. Positif? Tidak buat pandangan penganalisis.

Ini adalah kerana pertumbuhan GDP UK untuk suku tahun kedua telah mengalami penguncupan sehingga 20.4% (jangkaan penurunan 20.5%), merupakan penguncupan terbesar yang memberi isyarat bahawa ekonomi kini telah memasuki tempoh kemelesetan.

Susulan itu juga, Menteri Kewangan UK Rishi Sunak telah mengeluarkan kenyataan bahawa dengan situasi ekonomi buat masa sekarang, kadar pengangguran berkemungkinan akan terus meningkat tinggi selepas ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD dilihat gagal untuk meneruskan kenaikan semalam sebelum kembali membuat penurunan semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Dagangan yang bersambung pada Rabu melihatkan harga meneruskan penurunan ke zon support mingguan di atas paras 1.3000 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Susulan data GDP diterbitkan, harga tidak memberikan reaksi awal dengan pergerakan harga kekal perlahan di awal sesi Eropah.

Namun penurunan lebih rendah dijangkakan pelabur pada sesi New York di samping jangkaan untuk peningkatan bacaan kadar inflasi AS yang akan turut mendorong penurunan harga.

Destinasi tumpuan dilihat pada zon RBS dalam julat harga antara 1.2900-1.28500 dan jika harga masih mengekalkan penurunan, paras tumpuan seterusnya dilihat akan menuju ke sekitar 1.27600.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan semula, zon resistance di bawah paras 1.32000 akan kembali diuji selepas gagal ditembusi pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat