UK Jatuh Ke Lembah Kemelesetan Pada Suku Kedua

347

Ekonomi UK mengalami kemerosotan terbesar dan secara rasmi memasuki kemelesetan pada suku kedua disebabkan penutupan coronavirus yang telah banyak menjejaskan aktiviti ekonomi di negara itu.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Britain jatuh 20.4% antara bulan April hingga Jun daripada penguncupan sebanyak 2.2% sebelum ini, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Negara (ONS).

Penguncupan besar ini nyata merupakan satu tragedi kepada Britain, lebih-lebih selepas disajikan dengan data pekerjaan yang menunjukkan hampir satu juta pekerjaan telah hilang semasa penutupan di UK.

Ia juga menunjukkan aktiviti ekonomi UK jatuh lebih mendalam daripada yang dialami oleh rakan negara G7 lain. Pada suku kedua, KDNK di Perancis menguncup 13.8%, 12.4% di Itali dan 9.5% di Amerika Syarikat.

Susulan daripada penerbitan data ini, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak memberitahu bahawa ekonomi Britain kini mengalami masa yang sukar dan lebih banyak orang akan kehilangan pekerjaan dalam beberapa bulan akan datang.

Namun begitu, secara bulanan, KDNK UK menunjukkan bahawa ekonomi UK berkembang dengan ketara pada bulan Jun iaitu mencapai pertumbuhan 8.7% daripada 1.8% yang direkodkan sebelum ini.

Menurut ONS, ekonomi di Britain telah mula bangkit pada bulan Jun yang disokong oleh pembukaan semula perniagaan, peningkatan pengeluaran dari kilang-kilang dan pemulihan dalam pembangunan rumah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat