UK Rekodkan Kejatuhan Pekerjaan Terbesar Sejak 2009!

412

Matawang pound didagangkan mengukuh pada sesi pasaran Eropah walaupun data menunjukkan pekerjaan UK telah mengalami kejatuhan terbesar sejak krisis kewangan global pada 2009.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan pada Selasa bahawa sebanyak 220,000 telah kehilangan pekerjaan antara bulan Mac sehingga Jun.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun dilaporkan tidak berubah pada 3.9%, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat sebanyak 4.2%.

Namun, data ini mungkin tidak menunjukkan bacaan sebenar mengenai kehilangan pekerjaan disebabkan oleh skim ‘furlough’ oleh kerajaan Britain, yang berperanan untuk menyediakan subsidi upah pekerja daripada mengelakkan majikan daripada memberhentikan pekerja akibat krisis Covid-19.

Di bawah program ini, kerajaan telah membayar sehingga 80% daripada gaji bulanan pekerja hingga £ 2,500. Namun begitu, bermula Ogos, syarikat perlu menanggung lebih banyak kos daripada pembayaran ini.

Dalam pada itu, data terbaru juga menunjukkan jumlah orang yang membuat tuntuan faedah pengangguran telah mencapai 2.7 juta pada Julai 2020, meningkat 116.8% sejak bulan Mac.

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak mengatakan bahawa kerajaan tidak dapat melindungi setiap pekerjaan yang terkesan akibat krisis Covid-19 setelah menyaksikan penurunan terbesar di negara itu.

Dagangan pound sterling meningkat menghampiri paras tertinggi 5 bulan berbanding US dolar dengan didagangkan di sekitar harga 1.309 pada sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat