Nak Tahu Punca Kejatuhan Harga Emas? Baca Ulasannya di dalam Artikel Ini!

142

Harga emas menjunam dalam sesi Asia pada Jumaat berikutan kebimbangan terhadap risiko politik menjelang undian dasar penjagaan kesihatan Trump.

Emas di Comex menjunam sebanyak 0.28 peratus kepada $1,243 satu troy ounce, manakala copper didagang merosot sebanyak 0.98 peratus kepada $2,625 memandangkan isu mogok di dua lombong terbesar dunia masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Semalam, harga emas diniagakan lebih rendah selepas pengukuhan US Dollar gara-gara pengumuman data yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat, lebih awal daripada sentimen undian utama terhadap rang undang-undang kesihatan bagi memansuhkan Obamacare.

Harga emas menjunam daripada paras yang agak tinggi sebelum ini apabila Jabatan Perdagangan AS melaporkan bahawa jualan rumah baru meningkat sebanyak 6.1 peratus berbanding jangkaan awal.

Di tempat lain, data tuntutan pengangguran pula menunjukkan peningkatan sebanyak 15,000 individu pada minggu berakhir 18 Mac, sedangkan penganalisis menjangkakan bahawa data ini akan menjunam sebanyak 1,000.

3 Hingga 4 Kali Kenaikan Kadar Oleh Fed Pada Tahun Ini Dianggap Masuk Akal

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat