3 Hingga 4 Kali Kenaikan Kadar Oleh Fed Pada Tahun Ini Dianggap Masuk Akal

49

Presiden Fed San Francisco, John Williams berkata pada Khamis bahawa keadaan ekonomi semasa dinilai sedang berada di tahap yang baik. Beliau juga berpendapat bahawa bank pusat Amerika Syarikat perlu terus menaikkan kadar secepat mungkin ataupun lebih cepat daripada isyarat awal.

Menurut Williams, tiga atau empat kali jumlah kenaikan dianggap masuk akal setelah menilai keadaan ekonomi semasa.

Memberi kenyataan kepada Wall Street Journal, beliau mengatakan kebanyakan pegawai Fed juga menjangkakan tiga kali kenaikan faedah, termasuk satu kenaikan yang telah dibuat awal bulan ini.

Laporan ekonomi yang lebih baik dari jangkaan atau prospek rangsangan fiskal yang mendadak mungkin merupakan faktor-faktor yang mampu memaksa Fed menaikkan kadar dalam tempoh masa yang lebih cepat.

Kebanjiran Stok Minyak Mentah Global Masih Memberi Tekanan Kepada Pasaran Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat