Kebanjiran Stok Minyak Mentah Global Masih Memberi Tekanan Kepada Pasaran Ini!

43

Kejatuhan jumlah eksport Arab Saudi ke Amerika Syarikat telah menolak dagangan minyak mentah di paras yang agak tinggi dalam sesi ini. Namun begitu, pasaran ini masih kekal dalam tekanan gara-gara kebanjiran produk simpanan minyak mentah.

Harga minyak Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa meningkat sebanyak 10 sen dari dagangan sebelum ini.

Dalam sesi ini juga, WTI mentah dinilai meningkat sebanyak 12 sen kepada $47.82 setong.

Menurut peniaga minyak mentah, harga mendapat sedikit sokongan apabila laporan menunjukkan bahawa jumlah eksport minyak dari Arab Saudi ke Amerika Syarikat pada bulan Mac menjunam sebanyak kira-kira 300,000 tong sehari daripada bulan Februari yang lalu, sejajar dengan tindakan OPEC dalam mengurangkan bekalan.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, Amerika Syarikat mengimport kira-kira 1.3 juta tong minyak mentah Arab Saudi pada Februari yang lalu.

Di Amerika Syarikat, pembekal minyak mentah seperti Arab Saudi perlu bersaing berikutan peningkatan jumlah penggerudian minyak mentah. Peningkatan ini juga menjadi punca terhadap lebihan pengeluaran minyak kepada hampir 8 peratus sejak pertengahan 2016 kepada lebih daripada 9.1 juta tong sehari.

Walau bagaimanapun, jumlah eksport Arab Saudi ke kawasan-kawasan yang lain masih kekal pada paras yang tinggi walaupun OPEC sedang dalam usaha untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

Selain itu, data perdagangan minyak menunjukkan bahawa bekalan OPEC ke Asia mencatat jumlah yang agak tinggi iaitu pada 17.6 juta tong sehari pada bulan Mac, meningkat kira-kira 17.6 juta tong sehari pada bulan Mac. Jumlah yang agak besar itu juga menandakan bahawa OPEC melindungi keperluan pengguna daripada mengalami masalah kekurangan bekalan.

US Dollar Melonjak Menjelang Undian Sengit Trump Bagi Menggantikan Obamacare!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat