US Dollar Melonjak Menjelang Undian Sengit Trump Bagi Menggantikan Obamacare!

54

US Dollar melonjak dalam sesi Asia pada Jumaat menjelang pertarungan sengit undian utama yang diperlukan bagi menggantikan program penjagaan kesihatan Obamacare.

Kevin Mc Carthy, Pemimpin Majoriti Republik memberitahu CNN bahawa perbahasan rang undang-undang tersebut akan bermula pada hari Jumaat. Begitu juga kenyataan yang disampaikan oleh Paul Ryan, Speaker Dewan bahawa segala persiapan telah dibuat dan rancangan itu akan diteruskan.

Bagaimanapun, ahli Freedom Caucus, Penggubal undang-undang Republik berjanji untuk mengundi “tidak”.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.10 peratus kepada 99.66. USD/JPY juga meningkat sebanyak 0.27 peratus gara-gara isu skandal isteri Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe terhadap kerja-kerja di sekolah.

Dalam sesi ini juga, AUD/USD melonjak sebanyak 0.14 peratus, manakala GBP/USD menjunam kepada 1.2503.

Semalam, US Dollar didagang agak tidak menentu apabila data ekonomi dikeluarkan bercampur-campur disamping menunggu keputusan undian rang undang-undang yang bakal menantikan Obamacare.

Data tuntutan awal pengangguran dikeluarkan meningkat sebanyak 15,000 kepada 258,000 pekerjaan pada minggu berakhir 18 Mac.

Sementara itu, Pound meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh empat minggu berbanding US Dollar kerana mendapat sokongan daripada data jualan runcit yang dilaporkan lebih baik berbanding jangkaan awal.

Laporan jualan runcit teras, tidak termasuk jualan kereta dan bahan api meningkat sebanyak 1.3 peratus pada bulan Februari berbanding bulan sebelumnya.

Graduan Universiti Paling Ramai Menganggur – BNM

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat