Nak Tahu Siapa 18 Senator AS Sokong Kripto? Baca Sini!

232

“Ada suka ada yang benci, mungkin setiap orang ada pandangan berbeza kot tentang kripto.”

Didedahkan terdapat 18 senator di Amerika Syarikat (AS) yang menyokong mata wang kripto, di mana senator Republikan Cynthia Lumnis dan Ted Burr kini berdiri sebagai ahli politik paling pro-aset digital di Senat AS.

Hal ini kerana Lumnis telah menggembar-gemburkan lapan bil kripto dan 184 kenyataan awam mengenai aset digital manakala Burr pula menawarkan lapan bil serta 24 kenyataan.

Selain itu, fellow Republikan Ted Cruz serta Bill Hagerty melaksanakan lima rang undang-undang termasuk 92 kenyataan dan perlu diketahui daripada 18 senator yang menyokong kripto, 14 adalah Republikan kemudian hanya empat Demokrat.

Calon presiden Republikan Donald Trump dan calon presiden Bebas Robert F. Kennedy Jr turut menyokong kripto susulan Trump tidak akan membenarkan CBDC manakala Kennedy pula membuat tema BTC dalam kempen pilihan rayanya.

Bagaimanapun, Presiden Joe Biden telah disenaraikan sebagai penentang kripto di laman web setelah membuat lima kenyataan awam agak negatif terhadap aset digital dan tidak dilupakan juga Elizabeth Warren yang memperkenalkan tiga bil anti-kripto.

Pada Julai 2023, Warren bukan sahaja memperkenalkan semula Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Aset Digital bagi membanteras wallet digital non-custodial malah melakukan langkah undang-undang lain untuk memerangi penggunaan haram wang digital.

Sungguhpun rang undang-undang itu disokong oleh banyak penggubal undang-undang, ia telah menerima kritikan daripada kumpulan advokasi yang mendakwa rancangannya untuk menangani penggunaan aset secara haram mampu gagal.

Sebelum ini, Warren turut membuat beberapa kenyataan umum yang menuduh bahawa kripto digunakan untuk bantu pembiayaan keganasan dengan ketara di Timur Tengah termasuk aktiviti haram biarpun bukti menunjukkan sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat