Nak Tarik Lagi Wanita Sertai Dunia Kripto, Binance Keluarkan Perfume ‘Crypto’!

284

“Tindakan yang sangat menarik, tapi tu la patutnya Binance jual la wangian mewah tu kan?”

Demi menggalakkan lebih ramai wanita menyertai dunia aset digital, bursa gergasi mata wang kripto Binance bertindak pantas menggabungkan barangan mewah bersama kewangan melalui wangian mewah baharunya dipanggil Crypto.

Pada 6 Mac 2024, pemimpin pemasaran wanita Binance mengumumkan percubaannya bagi meluaskan usaha Binance yang ingin memfokuskan pada menarik perhatian wanita, oleh itu kempen pemasaran membintangi bauan mewah tepat pada masanya untuk Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac.

Wangian Crypto pada mulanya merupakan sebahagian daripada siri iklan mewah untuk kempen  Binance iaitu “Crypto is Yours”, tetapi strategi itu mendapat inspirasi daripada konvensyen pengiklanan kecantikan sambil mencabar norma ruang aset digital.

Berdasarkan pengalamannya sendiri dalam pasaran kripto, Rachel Conlan yang merupakan ketua pegawai pemasaran Binance telah melihat sumbangan tidak ternilai wanita secara langsung, jadi wanita perlu jadi sebahagian daripada transformasi digital yang sedia untuk mentakrifkan semula kewangan global.

Tambahnya lagi, ia bukan hanya bau semata-mata tetapi ingin wanita menyedari bahawa mereka mempunyai peranan  sangat penting untuk dimainkan dalam revolusi kripto yang sudah semakin berkembang pesat.

Selain menggalakkan lebih ramai wanita meneroka industri kripto, Binance berkata inisiatif itu juga bertujuan memberi ganjaran kepada 5,000 wanita pertama yang menyelesaikan salah satu kursus kripto beginner mereka dengan $25 dalam Tether (USDT).

Binance bukanlah satu-satunya bursa kripto yang ingin memenuhi demografi wanita pada 2024 susulan Bitget pada 16 Januari memperuntukkan $10 juta untuk digunakan ke arah startups Web3 yang diterajui wanita melalui Blockchain4Her.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat