Nampaknya Ini 7 ICO Terbaik Untuk 2023!

363

“Pelabur kena ingat, kaji dulu sebelum nak buat tindakan apa-apa.”

Tawaran syiling permulaan (ICO) adalah sejenis aktiviti penjanaan modal dalam persekitaran mata wang kripto dan blockchain yang merupakan antara peluang pelaburan paling menguntungkan. Berikut ialah beberapa ICO dan prajualan kripto baharu terbaik yang dilancarkan sekarang.

Metacade (MCADE)

Platform MCADE adalah penggabungan permainan kasual dan kompetitif yang menyampaikan pengalaman GameFi komprehensif serta tawarkan hab sosial untuk pengguna Web3.

Hab sosial menawarkan pendapatan tambahan melangkaui permainan kripto baharu terbaik dalam Metacade, termasuk Create2Earn, Compete2Earn dan Work2Earn.

MCADE juga ialah salah satu ICO terbaik 2023 kerana mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk pengguna melalui Work2Earn yang menghubungkan peminat kripto kepada kerja berbayar di Web3.

Brigade Thugs (BTHG)

BTHG merupakan permainan play-to-earn (P2E) yang menawarkan pelbagai pengalaman unik, di mana pemain boleh meneroka dunia yang luas dan menyelesaikan pencarian sambil memperoleh ganjaran kewangan untuk kejayaan mereka.

Platform tersebut berhasrat tawarkan permainan dinamik, plotline yang mendalam dan banyak insentif untuk pastikan pemain bermain selama berjam-jam.

Artyfact (ARTY)

Disifatkan sebagai salah satu projek AAA game-quality* yang terawal dikeluarkan, ARTY digabungkan dengan Unreal Engine 5 dan Binance Smart Chain dapat menyokong pengalaman permainan berskala sepenuhnya pada blockchain.

*Permainan berbajet tinggi dan berprofil tinggi yang biasanya dihasilkan dan diedarkan oleh penerbit besar terkenal

Metablaze (MBLZ)

MBLZ menyediakan pengalaman permainan unik disokong beberapa keupayaan blockchain, antaranya permainan kad koleksi non-fungible token (NFT) yang membenarkan pemain boleh beli, jual dan kumpul NFT sambil menjana pendapatan.

Fancythattoken (FNCY)

FNCY memudahkan pembayaran aset digital susulan pengguna boleh memproses urus niaga di platform melalui wallet dan exchanger kripto

Sementara FNCY turut lancarkan kad debit Visa yang membolehkan pengguna belanjakan aset digitalnya di kedai seluruh dunia dengan bayaran rendah.

EstateX (ESX)

ESX adalah penyelesaian blockchain revolusioner yang membuka pasaran hartanah, di mana ia membenarkan pengguna membeli bangunan sementara setiap harta tersenarai boleh dibeli, dijual dan didagangkan untuk menjana keuntungan.

Mr Bob Token (MRBOB)

MRBOB ialah platform GameFi diilhamkan meme unik yang menggabungkan permainan blockchain dan teknologi realiti maya sementara pengguna boleh meneroka serta memperoleh ganjaran kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat