NASA Terima Tawaran $2 Bilion Daripada Jeff Bezos Sebagai Pertukaran Untuk Kontrak

1,418

Setelah sahaja enam hari mencatatkan kejayaan dan detik bersejarah untuk ‘sentuh’ angkasa pada 20 Julai dengan roket Blue Origin New Shepard, Jeff Bezos telah membuat tawaran kepada NASA untuk menanggung kos yang bernilai sehingga $2 bilion.

Tawaran berikut adalah sebagai ganjaran sekiranya agensi angkasa Amerika Syarikat tersebut menganugerahkan syarikat Blue Origin kontrak dalam membangunkan kapal angkasa yang mampu membawa angkasawan ke bulan.

Bezos juga menyatakan bahawa Blue Origin akan mengabaikan pembayaran dalam fiskal kerajaan tahun semasa dan berikutnya yang mencecah nilai sehingga $2 bilion dan akan membayar untuk misi orbit bagi pemeriksaan teknologinya.

Kenyataan berkenaan disampaikan melalui mesej yang dihantar kepada Pegawai Pentadbiran NASA, Bill Nelson.

Selain itu, Bezos juga menjelaskan yang tawaran ini bakal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh NASA dalam strategi pemerolehan sumber asli yang asal disebabkan oleh masalah anggaran jangka pendek.

Jurucakap NASA mengatakan bahawa agensi itu telah menerima surat daripada Bezos namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya dengan alasan protes Blue Origin yang diajukan ke Pejabat Akauntabiliti AS menuduh agensi itu memberi kelebihan kepada SpaceX.

Ini kerana pada April, NASA telah memberikan kontrak kepada Elon Musk’s SpaceX sebanyak $2.9 bilion untuk membina kapal angkasa untuk membawa angkasawan ke bulan seawal 2024.

Sebelum memilih SpaceX, NASA telah meminta cadangan agar kapal angkasa yang dapat membawa angkasawan ke bulan di bawah program Artemis untuk pertama kalinya sejak tahun 1972.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat