Nasib Trader Berubah, $878 Jadi $500K Dalam Sehari Je!

3,344

“Wow sekejap je untung dah dapat, kalau setiap hari macam ni best kan.”

Seorang pedagang baru-baru ini mencapai pencapaian luar biasa apabila berjaya mengumpul setengah juta dolar Amerika Syarikat (AS) daripada hanya 0.34 token Ethereum (ETH) bernilai $878 dalam masa lapan jam sahaja.

Pelaksanaan dagangan pantas dan strategik itu telah menyebabkan penjejak on-chain dipanggil Lookonchain mencirikan pedagang itu sebagai seorang yang memiliki pengetahuan dalaman sangat istimewa.

Ini kerana pedagang yang dikenal pasti sebagai orang dalam telah memperoleh 80 juta token meme FERRET menggunakan lima wallet baru dicipta, kemudian ia jualnya dalam kelompok berbeza untuk hasilkan keuntungan besar dalam beberapa jam selepas FERRET didagangkan pada 16 Januari 2024.

Lebih 315,000 FERRET ditukar dalam empat transaksi untuk memperoleh keuntungan $8,850 dan tidak lama selepas itu, pedagang memunggah token tambahan kemudian jual 11.8 juta FERRET untuk 21 ETH bernilai $54,000.

Sungguhpun terdapat urus niaga tersebut, pedagang itu tetap mengekalkan lebih 68.2 juta FERRET berharga kira-kira $495,000.

Berbalik pada hubungan antara orang dalam dan pencipta FERRET, kedua-dua pihak didapati memindahkan token itu ke address wallet yang sama dan ini membawa makna pedagang mungkin pembangun di sebalik memecoin itu.

Senario tukar pelaburan sederhana pada keuntungan besar melalui memecoin tidak pernah berlaku sebelum ini dalam ruang kripto, di mana keadaan yang sama telah diperhatikan dengan pedagang memanfaatkan trend memecoin yamg semakin berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat