Neuralink Lancar Cip Pertama Dalam Otak Manusia – Elon Musk

823

Jutawan dan Pengasas Neuralink, Elon Musk dalam laman X/Twitternya berkata manusia pertama telah menerima implan permulaan otak pada Ahad lepas dan kini pulih dengan baik.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS telah memberikan kebenaran kepada syarikat itu pada tahun lepas untuk menjalankan percubaan pertamanya dalam menguji cip implannya pada manusia.

Kata Musk, keputusan awal menunjukkan pengesanan neuron yang berkesan.

Kajian Perdana permulaan adalah percubaan untuk mengetengahkan sambungan komputer-otak tanpa wayar untuk menilai keselamatan robot implan dan pembedahan.

Menurut laman web syarikat itu, kajian itu juga akan menilai kefungsiannya untuk orang yang mengalami quadriplegia atau lumpuh keempat-empat anggota badan. Selain itu, ia juga dapat mengawal peranti pemikiran manusia tersebut.

Namun, media Reuters melaporkan pada awal bulan bahawa Neuralink didenda kerana melanggar peraturan Jabatan Pengangkutan (DoT) AS berhubung menggunakan bahan bergerak yang berbahaya.

Semasa pemeriksaan ke atas kemudahan syarikat di Texas dan California pada Februari 2023, pakar daripada DoT mendapati syarikat itu gagal mendaftarkan dirinya sebagai pengguna bahan berbahaya.

Berdasarkan kenyataan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, mereka menemui pembukusan sisa berbahaya yang tidak betul termasuk cecair mudah terbakar Xylene. Cecair itu boleh menyebabkan sakit kepada, pening, kekeliruan, kehilangan koordinasi otot dan juga kematian.

Neuralink menerima kelulusan FDA pada tahun lepas untuk percubaan pertamanya dalam menguji implan syarikat pada manusia dan ia merupakan peristiwa penting teknologi manusia.

Reuters juga melaporkan bahawa syarikat itu akan bernilai $5 bilion pada Jun berdasarkan nilai perdagangan saham swasta.

Neuralink mengumumkan percubaan implan pada bulan September lepas dan kajian robot itu akan melakukan pembedahan benang ‘ultra halus’ untuk membantu menghantar isyarat ke otak pesakit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat