News Besar Dari UK, Ini Yang Anda Perlu Tahu

46

Bank of England (BoE) malam ini akan membuat penetapan kadar pertama pada 2017 dan dijangka BoE akan memberi isyarat kebimbangan terhadap tren inflasi di UK ketika ini. Kecenderungan bank pusat kepada pengetatan polisi mampu menguatkan Pound dan sebaliknya pula kepada pasaran ekuiti.

Dalam penetapan kadar ini, BoE juga akan membentangkan laporan inflasi dan selepas itu Gabenor Carney dijadualkan mengadakan sidang media.

Mesyuarat kali ini adalah penting khususnya laporan inflasi dan ramalan pertumbuhan ekonomi. Dalam mesyuarat sebelum ini BoE menggunakan nada neutral berikutan mereka cuba menstabilkan antara inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Sebarang kenaikan dalam ramalan inflasi akan meningkatkan spekulasi di mana BoE perlu memberi perhatian lebih kepada kenaikan inflasi berbanding pertumbuhan.

Penyusutan Pound yang berterusan dan harga komoditi yang semakin tinggi mampu menaikkan lagi kadar inflasi di UK, dengan petunjuk ‘Indeks Pembuatan’ sebelum ini mencapai paras tertinggi 30-bulan lalu dan kenaikan komponen inflasi terpantas sejak 25 tahun lepas.

Dalam hal ini, apa yang akan menjadi perhatian adalah, sama ada BoE begitu mengambil berat jika berlakunya kesan inflasi kali kedua ataupun tidak.

Begitu juga jangkaan kepada pertumbuhan yang semakin perlahan dengan inflasi yang semakin meningkat boleh memberi kesan kepada pendapatan dan kemerosotan kadar gaji.

Pasaran juga akan memberi perhatian terhadap program pembelian bon sedia ada, sama ada akan diteruskan selepas tempoh program berakhir. Keputusan bagi menghentikan program ini akan menyokong nilai Pound untuk menguat.

Keseluruhannya, ramalan pertumbuhan ekonomi dan inflasi begitu penting bagi pasaran mendapatkan petunjuk, sama ada terdapat isyarat pengetatan polisi atau sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat