Nexo Umum Kad Kripto Pertama Dunia! Boleh Belanja Terus Tanpa Perlu Jual Pegangan Kripto

3,110

Platform dagangan kripto, Nexo telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembayaran global, Mastercard dan DiPocket untuk lancarkan kad kripto pertama dunia di Eropah.

Difahamkan Nexo Card adalah kad pembayaran yang dihubungkan dengan talian kredit Nexo, membolehkan penggunanya untuk membelanjakan kripto tanpa perlu menjual pegangan mereka.

“Pelbagai aset boleh digunakan sebagai kolateral termasuk Bitcoin, Ethereum, dan Tether.”

Jika kad kredit konvensional memiliki had perbelanjaan, kad ini pula memberi peluang kepada penggunanya untuk membelanjakan sehingga 90% fiat berdasarkan aset kripto mereka.

Sebanyak 92 juta peruncitan seluruh dunia yang menerima Mastercard turut menerima Nexo Card sebagai kaedah pembayaran.

Menurut Nexo, tiada minimum pembayaran semula; tiada pembayaran bulanan; dan tiada pembayaran untuk kad yang tidak aktif. Tidak cukup dengan itu, mana-mana transaksi bulanan kurang daripada 20,000 euro, tiada caj tambahan akan dikenakan.

Menariknya lagi, pengguna ditawarkan dengan 2% cashback kripto yang dibayar dalam Bitcoin (BTC) atau token natif Nexo, NEXO bagi setiap pembelian menggunakan Nexo Card.

Kad ini boleh didapati secara fizikal atau maya memandangkan ia hadir secara langsung melalui integrasi dengan Apple Pay dan Google Pay.

Nexo & kerjasama lain

  • Januari – Nexo telah bekerjasama dengan Bakkt Holdings untuk perlindungan pegangan aset mereka, BTC dan ETH.
  • Mac – Dana baharu bernilai $150 juta telah dilancarkan sebagai pelaburan untuk syarikat berkaitan Web3 dan projek kripto.
  • Pada bulan yang sama, Nexo menyenaraikan ApeCoin (APE) di platformnya dengan pulangan pelaburan sehingga 12%.
  • Pada minggu lepas, Nexo mengumumkan unit broker aset digital, Nexo Prime.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat