NFP Dorong EUR/USD Rekod Paras Terendah Terbaharu 2021

375

Menyambung dagangan penghujung Oktober sehingga pembukaan November, matawang USD kekal tidak berupaya untuk mencatat pengukuhan walaupun penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) sangat memberangsangkan pada minggu lalu.

Penganalisis menilai penyusutan US dolar pada penutup dagangan minggu lalu didorong oleh aktiviti pengambilan untung (profit taking) setelah indeks dolar dilihat telah merekod paras tertinggi terbaharu satu tahun.

Penyusutan ketara pada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang telah jatuh di bawah paras 1.50% turut menjadi antara faktor yang menyebabkan USD sedikit tersungkur pada penutup dagangan minggu lalu.

Menyemak pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga sekali lagi telah pun mencipta paras terendah terbaharu 2021 sekitar 1.15135 setelah terima tekanan oleh pengukuhan USD melepasi support sebelumnya pada 1.15300.

Pergerakan harga dilihat terus memapar penurunan pada sesi Eropah (Jumaat) sehingga ke awal sesi New York dan hampir untuk cecah zon sokongan 1.15000 sebelum harga kembali melonjak.

Lonjakan melebihi 50 pips yang dipamerkan juga nampaknya turut menguji semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam namun trend harga masih kekal kelihatan bearish.

Tetapi andai kata harga berupaya untuk menembusi trendline resistance berkenaan, harga berkemungkinan akan memberi reaksi awal untuk menguji semula zon SBR (support become resistance) 1.16000.

Namun jikalau pergerakan itu berlaku, kebarangkalian pelabur mungkin akan mula melihat perubahan trend bullish yang secara tidak langsung akan menilai zon SBR pada 1.17000 sebagai sasaran seterusnya.

Manakala paras terendah yang terbaharu pada 1.15135 akan turut menjadi tumpuan utama pelabur sekiranya harga masih lagi mengekalkan corak untuk terus membuat penurunan yang lebih rendah.

Penganalisis menjangkakan bahawa zon sokongan pada 1.15000 yang juga merupakan zon rintangan pada dagangan 2018 sehingga 2020 dijangka akan diuji jika harga terus menyusut dengan parah.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat