NFT Suram? Jangan Panik! Ini Yang Perlu Anda Tahu

744

Dalam artikel sebelum ini, harga NFT didapati telah susut sebanyak 70% dan mengundang tanda-tanya jika pasaran ini sudah mula memasuki fasa bearish. Ada juga pelabur yang mengharapkan pasaran ini sedang berhadapan dengan pembetulan, membuktikan NFT sedang bubble.

Sebagai rekod, rata-rata harga NFT melonjak pada Februari sehingga kemuncaknya sekitar $4,000. Bagaimanapun, jualan menyaksikan penyusutan sehingga rekod $1,500.

Jumlah jualan NFT juga susut daripada 80,000 pada awal Mac kepada sekitar 40,000 pada 29 Mac. Disebabkan itu harga NFT turut terkesan, menjelaskan peningkatan kadar minat dalam kalangan pembeli baru.

Rata-rata bagi harga tiga jenis NFT termahal di pasaran memuncak sekitar $95,951 pada bulan lepas sebelum susut hampir 53% dalam beberapa minggu .

Bagaimanapun, nilai NFT sama juga seperti harga token kripto yang lain – ada tidak kestabilannya mengikut masa.

Pakar menyifatkan trend suram ini akan mendorong lonjakan nilai ke paras yang masuk akal. Paling penting, kestabilan pasaran sangat penting bagi pelabur profesional yang memandang NFT sebagai pelaburan jangka panjang.

Laman nonfungible.com menjelaskan trend ini masih belum sepenuhnya sesuai dipanggil market crash kerana secara umumnya, rata-rata harga semasa NFT bernilai 10 kali ganda lebih mahal berbanding enam bulan lalu.

Ketua pegawai pelaburan firma kripto, Arca, Jeff Dorman mendedahkan pasaran NFT akan berkembang lebih pesat. Malah, tidak mustahil jika syarikat dan projek yang menfokuskan kepada perkembangan dan perdagangan NFT akan menjadi pemenang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat