Nigel Farage Desak Johnson Gugurkan Perjanjian Brexit Jika Tidak Mahu Pilihan Raya Yang Sukar!

460

Nigel Farage yang merupakan pemimpin Parti Brexit memberi amaran kepada Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Jumaat bahawa Parti Brexit beliau akan bertanding dalam merebut setiap kerusi yang ditawarkan dalam pilihan raya Britain pada 12 Disember kecuali jika Johnson beresetuju untuk gugurkan perjanjian Brexit dengan EU dan jalinkan kerjasama dengan beliau dengan tubuhkan pakatan bersama mereka yang menyokong Brexit.

Pilihanraya yang bakal diadakan ini merupakan pilihan raya pertama pada bulan Krismas sejak 1923 dan ia sangat sukar untuk di jangka. Justeru dengan pakatan bersama parti-parti yang menyokong Brexit boleh jadi satu game changer selepas empat tahun UK terus bergelut dalam krisis politik.

Parti yang dipimpin oleh Farage ditubuhkan pada awal tahun ini merupakan parti yang bermatlamatkan pengunduran UK daripada EU tanpa berurusan dengan EU. Beliau menolak perjanjian yang diutarakan oleh Johnson kerana beliau lebih mengutamakan pengunduran UK daripada EU tanpa perjanjian yang digelar oleh beliau sebagai “clean-break” Brexit.

Menurut Farage pada hari ini, perjanjian yang dikemukakan oleh Johnson bukanlah perjanjian Brexit yang sebenar kerana perjanjian tersebut akan mengikuti beberapa syarat yang ditetapkan oleh EU dan perlu menjalankan rundingan untuk beberapa tahun. Farage juga mendesak Johnson untuk gugurkan perjanjian atau pilihan raya ini akan menjadi lebih sukar.

“Kami akan bertanding merebut setiap kerusi di UK dan kami bersedia”. – Nigel Farage

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat