NZD/USD Berisiko Untuk Menjunam? Analisis Ini Beri Penjelasan

262

Carta harga pasangan mata wang NZD/USD antara yang diperhatikan pada dagangan Rabu semalam ketika pasaran memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat polisi monetari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang terbaru.

Seperti dijangkakan, bank pusat terus mengekalkan kadar faedah tinggi di paras 5.50% untuk mesyuarat edisi Mei ini.

Dolar New Zealand melonjak naik selepas keputusan kadar faedah itu diumumkan, namun mata wang tersebut kembali alami penyusutan semula.

Ini disebabkan nada dovish pada kenyataan susulan yang telah disampaikan oleh gabenor RBNZ Adrian Orr di mana bank pusat dikatakan bersedia untuk melaksanakan pelonggaran dasar biarpun inflasi masih belum mencapai sasaran 2%.

Pendekatan RBNZ ini dilihat lebih jelas dan berani berbanding Federal Reserve (Fed) yang kekal berwaspada dan ‘tarik tali’ untuk perubahan dasar monetari mereka.

Pada carta NZD/USD, harga telah paparkan lonjakan di sesi Asia semalam mencapai paras 0.61500 yang menjadi rekod tertinggi terbaru harga dalam tempoh dagangan 10 minggu.

Namun, harga tidak menunggu lama untuk terus berundur turun sehingga melepasi bawah paras 0.61000 di penghujung sesi New York.

Penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan semula US dolar selepas reaksi minit mesyuarat FOMC yang diteliti dengan nada yang kekal hawkish.

Menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), harga berjaya mendaki semula mencapai paras sekitar 0.61200 sebelum perlahan di pembukaan sesi Eropah.

Berbeza berbanding corak kenaikan positif pada minggu lalu, pergerakan harga pada minggu ini lebih mendatar dan mula menunjukkan petanda risiko kejatuhan harga boleh tercetus.

Sekiranya masih harga berjaya meneruskan kenaikan, paras dicapai semalam perlu untuk diatasi sebelum pelabur lebih yakin untuk harga menyambung trend bullish sebelum ini.

Sasaran untuk kenaikan seterusnya berkemungkinan untuk menuju zon tumpuan pada 0.62000.

Sebaliknya jika harga susut di bawah paras 0.61000, akan menjadi isyarat awal untuk harga memulakan penurunan.

Paras 0.60600 antara tumpuan terhampir untuk diuji sebelum penurunan dilanjutkan ke paras yang lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat