NZD/USD Melonjak Kukuh Susulan Keputusan Mengejut Mesyuarat RBNZ

244

Dolar New Zealand (NZD) mencuri tumpuan pada sesi pasaran Asia pagi ini (Rabu) dengan lonjakan bertenaga susulan keputusan mesyuarat dasar monetari bank pusat New Zealand.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.25%, namun memberi kejutan apabila mengumumkan program pembelian bon akan ditamatkan pada minggu hadapan.

Pelaksanaan langkah tapering ini adalah antara kaedah untuk mengetatkan polisi dengan cara mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi sekaligus mendorong peningkatan pada nilai mata wang.

Justeru, dolar NZD melonjak kukuh pada sesi Asia walaupun mata wang utama lain sedang ditekan oleh pengukuhan US dolar sejak semalam selepas data inflasi AS diterbitkan tinggi.

Pada carta harga pasangan mata wang NZD/USD, dapat diperhatikan penyusutan harga pada sesi New Yoek semalam menguji zon support 0.69300.

Namun, harga berjaya melonjak semula pada sesi Asia pagi ini sekitar 80 pips melepasi paras 0.70000 pada zon SBR (support become resistance).

Pelabur optimis, kenaikan harga bakal diteruskan untuk meuju sehingga ke paras rintangan 0.71000 yang dicapai pada kenaikan minggu lalu.

Namun, kenaikan berkemungkinan akan dibendung oleh faktor pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Sekiranya harga mengalami penurunan semula, zon support pada 0.69300 akan kembali menjadi tumpuan sekali lagi untuk diuji.

Penurunan harga yang lebih rendah dari zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru harga sejak November 2020.

Lihat gambar carta pasangan mata wang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat