OIL Analisa Fundamental Harian 10 Nov 2015

46

moshedfx-forex-malaysia-oil-017

Harga minyak mentah terus merudum untuk hari keempat Isnin semalam, dengan crude jatuh lebih $1.40 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $43.60 setong sebelum menutup sekitar paras $44.05 setong; manakala brent pula jatuh lebih $1.35 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $47.70 setong sebelum menutup sekitar paras $48.05 setong; setelah lebihan bekalan terus memberati harga minyak mentah.

Bank pelaburan Perancis Natixis berkata ia telah “melihat baru-baru ini beberapa tanda yang menunjukkan perubahan dalam pasaran minyak”, dan bahawa “harga minyak akan kekal berada di bawah tekanan selagi terdapat lebihan yang berpanjangan dalam pasaran.”  Pada masa yang sama, laporan pekerjaan AS yang memberansangkan minggu lepas telah menghantar Dollar ke paras yang lebih tinggi; sekaligus membuatkan minyak yang disebutharga dalam Dollar menjadi lebih mahal bagi pemegang matawang yang lemah.

[adrotate group=”6″]

“Yang membawa kepada kenaikan kukuh Dollar adalah jangkaan bagi kenaikan kadar Federal Reserve pada mesyuarat berikutnya yang dijadualkan pada Disember ini,” kata Sanjeev Gupta, ketua sektor minyak dan gas Asia Pasifik di firma perkhidmatan profesional EY.  Kenaikan kadar menggalakkan pelabur kembali kepada aset AS yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, sekaligus menaikkan nilai Dollar.

Di pasaran global, data yang menunjukkan bahawa import minyak mentah dari China – pengguna minyak kedua terbesar di dunia – jatuh kepada paras terendah dalam tempoh lima bulan; sekaligus mengekang kenaikan harga dalam menghadapi lebihan bekalan dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat