OIL Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

57

Harga minyak melonjak selepas komen oleh menteri tenaga ahli OPEC, United Arab Emirates (UAE) mencetuskan harapan bahawa penurunan pengeluaran bakal diselaraskan, tetapi penganalisis berkata langkah itu hanya kemungkinan dan lebihan bekalan dijangka akan berterusan. Menteri tenaga UAE, Suhail bin Mohammed al-Mazrouei berkata Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersedia untuk berunding dengan pengeksport lain tentang mengurangkan pengeluaran.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Mac melonjak lebih $2.70 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $29.65 sebelum menutup sekitar paras $29.45 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran April melonjak lebih $2.55 setong, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $33.45 sebelum menutup sekitar paras $33.35 setong.

[adrotate group=”6″]

Tom Pugh, seorang penganalisis komoditi di Capital Economics, memberitahu bahawa syarikat-syarikat dalam sektor minyak perlu melihat untuk mengurangkan pengeluaran bagi terus bertahan, setelah sudah “memotong cukup banyak lemak daripada operasi mereka.” Beliau berkata pengeluaran minyak telah “mengejutkan dan degil lagi berdaya tahan” di tengah-tengah 70% kejatuhan harga minyak sejak pertengahan 2014, tetapi beliau merasakan bahawa keadaan ini bakal berubah.

Beliau menjangkakan harga akan kekal agak lemah bagi separuh pertama tahun ini, disebabkan oleh pertambahan bekalan yang datang dari Iran dan keengganan dari negara-negara lain untuk mengurangkan pengeluaran mereka. Namun, penurunan bekalan dijangka datang pada separuh kedua tahun ini, bersama-sama dengan bukti permintaan yang lebih kukuh, untuk mengimbangi semula pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat