OIL Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

43

Harga minyak terus melemah Isnin semalam, selepas pasaran terus dipenuhi aktiviti mengambil untung belian hasil kenaikan sejak pertengahan Februari lalu.  Kenaikan lebih 50% dari paras terendah yang dicapai pada 7 Februari lalu, telah memberikan pelabur pulangan yang baik untuk menutup buku dagangan suku pertama 2016.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran April susut lebih $2.05 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $36.70 sebelum menutup sekitar paras $37.30 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Mei susut lebih $1.80 setong untuk ke paras terendah harian sekitar $38.80 sebelum menutup sekitar paras $39.55 setong.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran komoditi, Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) yang memantau ’emas hitam’ diberitakan mengeluarkan kenyataan bahawa harga minyak mungkin telah mencapai paras dasar.  Kerjasama yang mungkin dicapai antara negara pengeluar OPEC dan bukan OPEC dilihat bakal menjadi pemacu kepada kenaikan harga minyak seterusnya.  Arab Saudi, Qatar, Russia dan Venezuela bakal bermesyuarat di Moscow pada 20 Mac ini untuk mencapai kata sepakat bagi menghadkan pengeluaran harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat