OpenSea Kurangkan 20% Pekerja Angkara Penurunan Pasaran Aset Digital

343

‘Tekanan global kini merebak ke pasaran digital juga. Apalah nasib 2023 nanti?’

Platform non-fungible token (NFT) OpenSea terpaksa mengurangkan 20% tenaga kerjanya ekoran penurunan ketara dalam pasaran aset digital.

Umum mengetahui bahawa pasaran kripto sedang berada dalam bearish rentetan daripada tekanan inflasi, kenaikan kadar faedah dan kebimbangan kemelesetan yang membuatkan pelabur beralih keluar dari aset berisiko.

Perkara ini secara tidak langsung turut menjejaskan pasaran aset digital termasuk platform OpenSea yang menikmati tempoh terbaiknya ketika tahun 2021.

Rentetan itu, ketua ekskutif Devin Finzer dalam satu ciapan menyatakan syarikat perlu mengadaptasi dengan keadaan semasa dan tidak menolak kemungkinan untuk membuang pekerja bagi menampung kos.

Sebagai konteks, volum penjualan NFT OpenSea dalam blockchain Ethereum mengalami kemerosotan sebanyak $700 juta pada Jun dan ia menurun dari $2.6 juta semasa Mei.

Selain itu, platform tersebut juga mengalami penyusutan hampir $5 bilion sejak kemuncaknya pada bulan Januari.

Dalam pada itu, Finzer menambah lagi bahawa pengurangan jumlah pekerja sebanyak 20% akan membantu syarikat mengekalkan pertumbuhan dalam 5 tahun lagi berdasarkan volum dagangan semasa.

Pada sisi berbeza, aplikasi kripto Coinbase pada bulan lepas telah bertindak untuk memecat hampir 1,100 pekerja atau kira-kira 18% tenaga kerja syarikat bagi menampung kos semasa pasaran mengalami penurunan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat