OPR Malaysia Dijangka Kekal Walaupun Fed AS Turunkan Kadar Faedah 2024

284

Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia bakal dikekalkan walaupun Federal Reserve (Fed) AS dijangka akan memulakan langkah pengurangan kadar faedah pada tahun depan bagi meredakan ekonomi dan mengekang inflasi.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Lee Heng Guie berkata Malaysia tidak akan mengikuti tindakan AS dalam mengurangkan kadar faedah disebabkan jurang di antara ringgit dan dolar AS masih jauh.

Katanya lagi, peningkatan dalam OPR akan memberi tekanan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta menjejaskan ekonomi isi rumah. Beliau menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan mengekalkan OPR buat masa ini. Namun, ia masih berpeluang untuk diubah jika berlakunya kelembapan ekonomi pada tahun depan.

Malaysia seharusnya memilih untuk berada pada posisi neutral tanpa melihat keputusan Fed dalam menurunkan kadar faedah pada tahun depan kerana perbezaan nilai mata wang dan skala ekonomi.

Lee menjangkakan paras inflasi teras negara ini akan berlegar-legar di antara 2.8% dan 3.5% pada tahun 2024. Di peringkat global, risiko kemelesetan ekonomi AS akan menimbulkan ketidakstabilan dalam pasaran Malaysia.

Selain itu, masalah ekonomi global di China yang perlahan disebabkan oleh pasaran hartanah serta ketidaktentuan dalam menentukan kadar faedahnya turut memberi tindak balas kepada BNM untuk lebih berwaspada. Beliau juga meramalkan bahawa Fed akan mula menurunkan kadarnya pada suku kedua hingga suku ketiga 2024.

Ujarnya lagi, tahun 2024 merupakan tahun yang sangat mencabar buat para pelabur, perniagaan dan pengguna disebabkan pembaharuan dan penetapan dasar yang dijanjikan oleh kerajaan perpaduan tahun ini.

Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggariskan hala tujunya melalui kerangka kerja dasar seperti rangka kerja Madani, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2023, Tenaga Nasional Pelan Hala Tuju Peralihan dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Tiada lagi ‘bulan madu’ untuk kerajaan pada tahun depan. Ia adalah tahun untuk kita memantau dan menyelidik pembaharuan yang dijanjikan pada penetapan dasar seperti yang disebutkan.

Secara tak langsung, ini merupakan langkah penting buat kerajaan bagi menarik hati rakyat dan membuktikan Malaysia mampu menerajui ekonomi pada masa hadapan. Ramalan ekonomi negara ini dijangka akan meningkat sebanyak 4.5% untuk 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat