OPR Naik Lagi 25 Mata Asas Buat Kali ke-3 Tahun Ini – Moody

496

‘Benda dah jangka ramai bukan agensi ini je yang tetapkan angka tersebut.’

Menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM), pakar mengunjurkan kadar polisi semalaman (OPR) negara akan dinaikkan buat kali ke-3 berturut-turut.

Asas tersebut dibentangkan agensi penganalisis, Moody’s Analytics dengan mengatakan satu lagi kenaikan 25 mata asas akan dibuat pada minggu ini berdasarkan lonjakan indeks harga pengguna (CPI) Malaysia.

Suka diingatkan bacaan CPI negara melonjak 4.4% pada Julai, peningkatan mata peratusan penuh daripada bulan sebelumnya, menandakan inflasi negara meningkat lebih tinggi lagi.

Andai BNM melaksanakan kenaikan 25 mata asas, OPR akan mencapai 2.5%, ia adalah kenaikan ke-3 berturut-turut yang dibuat BNM pada tahun ini.

Ulas Moody, unjuran tersebut turut dicapai berdasarkan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ke-2 yang di luar jangkaan hasil dorongan peningkatan permintaan bagi perkhidmatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai unjuran yang ditetapkan, kenaikan OPR tersebut boleh menyokong nilai ringgit (RM) selepas ia menyusut ekoran pengukuhan dolar tatkala Federal Reserve (Fed) terus bertindak agresif dalam penetapan dasarnya

Sebagai makluman, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (BNM) akan berlangsung dari 7 sehingga 8 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat