Ops! Rupanya USD Masih Teruskan Lonjakan

314

Pengukuhan US dolar berterusan selepas diperlihatkan dengan bacaan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat yang dicatatkan meningkat pada bulan Mei.

Dengan menepati jangkaan peningkatan oleh pasaran 0.8%, inflasi pengeluar meningkat dua kali ganda daripada angka yang dicatatkan pada April.

Namun, inflasi pengeluar teras (tidak termasuk makanan, tenaga dan perdagangan) sedikit meleset daripada jangkaan dengan meningkat 0.5% pada bulan lalu berbanding anggaran 0.6%, tetapi meningkat dari bulan sebelumnya 0.4%.

Susulan peningkatan ini, pelabur menguatkan lagi keyakinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan bertindak lebih tegas dalam meningkatkan kadar faedahnya dalam memerangi inflasi.

Pasaran kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada awal pagi nanti (waktu Malaysia) yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Susulan jangkaan ini, hasil bon AS 10 tahun terus meningkat lebih kuatpada 3.42%, menekan dagangan yen Jepun lebih jauh ke paras terendah sejak tahun 1998 berbanding US dolar.

Mata wang pound kekal melemah menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) pada hari Khamis.

Euro pula kekal didagangkan lebih rendah walaupun selepas penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Klaas Knot memberi indikasi mengenai lebih banyak kenaikan kadar akan dilaksanakan pada bulan Oktober dan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat