Options BTC Murah, Harga Mendongak Semula $41K!

311

“Hmm kalau kita tengok harga BTC macam mendatar je kan?”

Sejurus selepas menjunam $40,300, raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) mendaki semula ke $41,630 apabila options BTC kini kelihatan murah sehingga sesetengah trader ingin ambil kesempatan daripada perkara sama bagi meningkatkan pertaruhan kenaikan harga.

Kejatuhan harga BTC adalah susulan daripada pelabur dalam Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) yang menukar pada BTC ETF di mana ia keluar dari positions mereka secara beramai-ramai sehingga menyebabkan penganalisis terkejut dengan saiz penjualan.

Dilaporkan, lebih setengah bilion dolar dikeluarkan dalam beberapa hari pertama kemudian dalam tempoh lima hari terakhir, lebih daripada $2.2 bilion telah meninggalkan dana disebabkan GBTC memiliki yuran tertinggi daripada mana-mana spot BTC ETF pada 1.5%.

Berbalik pada penerangan, options ialah kontrak derivatif yang membenarkan pembeli bagi beli atau jual aset pendasar pada harga ditetapkan pada tarikh kemudian manakala call beri hak kepada trader membeli dan memperoleh keuntungan mahupun melindungi nilai daripada kenaikan BTC.

Menerusi pemerhatian, implied volatility (IV) BTC yang memuncak semasa pelancaran spot ETF di Amerika Syarikat (AS) telah menurun hingga mencetuskan permintaan untuk call pada $45,000 dan $46,000.

Jadi di sini dapat dilihat perkataan call buying secara terang-terangan membayangkan call dibeli mungkin merupakan perdagangan kendiri yang mempertaruhkan turun naik harga diperbaharui dalam BTC dan bukan sebahagian daripada strategi yang kompleks.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC merudum sebanyak 0.77% pada paras $41,311 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $810 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 2.23% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat