Padanlah Euro Naik Semalam! Ini Puncanya

371

Euro memulakan dagangan awal minggu dengan mencatatkan kenaikan sederhana berbanding US dolar.

Walaupun terdapat banyak penutupan dilaksanakan di beberapa ekonomi terbesar di rantau ini, kelewatan pelancaran vaksin dan ramalan pertumbuhan yang lebih lemah, tetapi euro secara senyap-senyap bergerak lebih tinggi sejak awal bulan ini dari 1.17000 kepada 1.19000.

Data jualan runcit yang lebih baik daripada dijangkakan telah mendorong kenaikan matawang ini pada awal minggu, di mana perbelanjaan pengguna melonjak 3% di Zon Eropah pada Februari, sekali gus meningkatkan optimisme pasaran terhadap pemulihan.

Ini menunjukkan pemulihan yang tertangguh tidak terancam dan prospek itu menjadikan aktiviti ekonomi terus berjalan walaupun dengan jangkaan jangka pendek yang suram.

Bagaimanapun, matawang itu sedikit merosot pada awal sesi Asia, menyusuli kenaikan yang dicatatkan US dolar menjelang penerbitan data inflasi AS pada malam ini dan jualan runcit pada Khamis.

Berbanding enam matawang utama lain, dolar greenback didagangkan sedikit meningkat pada 92.18.

Pelancaran vaksinasi dan pakej rangsangan $1.9 trilion dijangka akan mendorong lonjakan perbelanjaan yang lebih tinggi pada bulan Mac.

Dengan jangkaan kenaikan sebanyak 5.7%, ia akan meningkatkan permintaan terhadap dolar greenback dan peningkatan hasil bon AS 10 tahun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat