Padu Bak Hang! Bukan Kaleng-Kaleng Prestasi Kripto Celer Network (CELR)

786

Menilai kripto yang berpotensi dalam pasaran, Celer Network menawarkan transaksi off-chain yang pantas dan selamat untuk pembayaran dan kontrak pintar (smart contract).

Pada sesi dagangan minggu ini, CELR menyaksikan 55% lonjakan dengan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru di atas paras harga $0.10 telah menarik perhatian para pelabur.

Celer Network kini memiliki permodalan pasaran lebih $600 juta dengan jumlah dagangan lebih $360 juta dalam tempoh 24 jam.

Beberapa projek terbaru yang dilancarkan oleh Celer Network, salah satunya yang telah menjadi perhatian iaitu ‘WePiggy’ berkerjasama dengan Celer Network untuk membangunkan ekosistem cross-chain DeFi.

Sebagai langkah pertama, WePiggy akan menambahkan jalan masuk ke dalam aplikasinya untuk memberi pengguna alternatif penyelesaian cross-chain bridge, disebut “cBridge”, yang dikuasakan oleh Celer Network.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga CELR/USDT.

Sesi dagangan bulan September, CELR dapat dilihat telah menghasilkan 170% lonjakan mencapai ATH terbaru $0.1086 dalam beberapa jam yang lalu.

Pandangan sudut teknikal, CELR dilihat masih kekal dengan trend bulllish dan sedang berlegar-legar di ruangan zon resistance $0.1030.

Bagi jangkaan seterusnya, pergerakan harga dilihat kemungkinan bakal menembusi zon resistance $0.1030 tersebut dan seterusnya bakal membuat ATH terbaru berturut-turut jika kekal dengan trend bullish.

Namun, jika pergerakan harga kembali menyaksikan corak bearish, zon RBS (resistance become support) $0.0900 perlu diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, CELR didagangkan pada paras harga $0.10 melonjak lebih 30% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto CELR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat