Padu Teruk! Dalam Tempoh 2 Hari AUDIO Catatkan Keuntungan 150%!

483

Audius yang dianggap sebagai pesaing utama kepada SoundCloud ini telah mencuri perhatian para pelabur setelah tampil dengan pergerakan harga yang ‘kejam’.

Lebih menarik perhatian setelah Audius menjalinkan kerjasama bersama platform media ‘TikTok’ dimana memperkenalkan beberapa ciri terbaharu.

Susulan daripada itu, Audius menghasilkan lebih 150% lonjakan bermula pada sesi dagangan semalam sehingga hari ini.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga AUDIO/USDT.

Sewaktu artikel analisa Audio dikeluarkan pada penghujung bulan Jun, Audio didagangkan pada harga sekitar $0.73, secara konsistennya Audio telah menghasilkan lebih 450% lonjakan sehingga pada sesi dagangan hari ini.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga Audio nampaknya sedang berlegar-legar untuk memperolehi kembali momentum kenaikan diatas zon RBS (resistance become support) sekitar $3.0.

Jika pergerakan harga AUDIO berjaya memperolehi kembali momentum tersebut, paras resistance $4.0 bakal menjadi tumpuan utama pelabur untuk diuji sebelum harga dijangka bakal membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sekiranya Audio berjaya menembusi paras tertinggi terbaru $4.07, kenaikan yang lebih agresif kemungkinan bakal berlaku dan mencatatkan paras tertinggi terbaru berturut-turut.

Namun jika pergerakan harga AUDIO menunjukkan corak penurunan, harga dijangka bakal menguji semula ke zon RBS $3.0 sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, AUDIO didagangkan pada paras harga $3.46 melonjak lebih 100% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto AUDIO/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat