Pakar Ulas Kesan Pengharaman TikTok Oleh Kerajaan US

111

‘Reputasi je yang calar, bukannya pengguna nak lari pun.’

Buat masa ini pentadbiran Joe Biden dilihat akan meluluskan perundangan pengharaman TikTok pada peranti dan pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Walaupun undang-undang itu dilihat tidak menjejaskan pengguna lain di AS, namun pakar memerhatikannya sebagai satu isyarat tidak baik kepada aplikasi tersebut.

Ulas Eunice Shin, pakar strategi  penjenamaan, ia bakal mencalarkan reputasi TikTok yang seterusnya menggusarkan pelabur pengiklanan dan membawa jatuh hasil firma.

TikTok merupakan aplikasi video pendek milik firma dari China, ByteDance.

Turut bernada serupa adalah pakar penjenamaan dari Columbia Business School, Matthew Quint yang mengatakan perundangan itu boleh mencetus gerakan dwipartisan untuk pengharaman penuh TikTok di seluruh negara.

Tambah beliau lagi bahawa pengharaman itu sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada pengguna TikTok lain memandangkan hanya sebilangan kecil pengguna AS sahaja yang terkesan.

Umumnya, perundangan diketengahkan selepas beberapa negeri di AS melaporkan isu keselamatan negara atas kebimbangan TikTok digunakan untuk mengumpul maklumat penggunanya.

Ia kemudian telah dilanjutkan ke Senat dan Dewan bagi mencipta undang-undang sah pengharaman terhadap peranti dan pegawai kerajaan AS.

Dan setakat diketahui pada waktu ini adalah perundangan itu mendapat sokongan ahli Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi yang menyuarakannya pada Kongress.

Dalam pada itu, TikTok dilihat mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan kekecewaannya terhadap keputusan Kongress tersebut dan menganggap ia sebagai isyarat politik terhadap keselamatan negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat