Pelosi Jadi Tumpuan Lagi, Nasib TikTok Dalam Tangan Wanita Ini

234

‘Habis lah kalau diluluskan, orang gomen nak main apa nanti.’

Kali terakhir mendengar nama Nancy Pelosi, Amerika Syarikat (AS) dan China hampir berperang selepas ahli Speaker Dewan Perwakilan itu berdegil memasuki Taiwan walaupun dilarang.

Kini, Pelosi sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila beliau bakal menyertai mesyuarat Dewan minggu depan dalam usaha meraih kelulusan undang-undang untuk menghalang kakitangan kerajaan AS menggunakan TikTok milik China.

Jelas Pelosi kepada wartawan bahawa agenda utama mesyuarat minggu depan bukannya TikTok namun ia adalah perkara penting untuk dibincangkan.

Umumnya, setiap kerajaan negeri di AS kini menguatkuasakan undang-undang pengharaman penggunaan aplikasi TikTok pada peranti kerajaan.

Dan perundangan itu dilihat mahu dibawa masuk ke mesyuarat Dewan untuk mendapat kelulusan Senat bagi mengharamkan terus pengguna aplikasi itu pada semua kakitangan kerajaan AS.

Ia adalah susulan daripada undian yang dilakukan Senat pada Khamis berkenaan penggunaan aplikasi milik China itu pada peranti berkaitan kerajaan AS.

Sebelum ini beberapa kerajaan negeri telah mengharamkan TikTok yang disifatkan sebagai platform China untuk mengumpul maklumat pengguna AS dan diberikan kepada parti Komunis.

Perkara itu secara tidak langsung mencetus kebimbangan keselamatan negara berkenaan sebarang potensi maklumat sulit kerajaan akan jatuh ke tangan musuh, China.

Dalam pada itu, jurucakap White House iaitu Karine Jean-Pierre enggan mengulas lanjut berkenaan sokongan Presiden Joe Biden terhadap perundangan tersebut.

Namun beliau menyuarakan nada serupa dengan mengatakan selain TikTok terdapat beberapa lagi aplikasi yang tidak sepatutnya digunakan kakitangan kerajaan ‘atas sebab keselamatan’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat