Pantang Berundur, Sony Lancarkan Perkhidmatan Langganan Bagi Saingi Microsoft

181

‘Sesetengah lihat ia sebagai langkah baik untuk Sony berkembang manakala sesetengah lihat seperti Sony mengalah dan terpaksa ikuti trend supaya lebih berdaya saing.’

Sony Group Corp, gergasi pengeluar konsol permainan video dari Jepun, akhirnya melancarkan perkhidmatan langganan bagi permainan video PlayStation (PS) pada Rabu dalam usahanya menyaingi Game Pass milik Microsoft.

Melalui pelan keahlian bulanan PlayStation Plus pada harga US$15 bulanan dan $18 bulanan bagi pelan premium yang baru, ia menyediakan katelog sehingga 400 permainan bagi pengguna konsol permainan PS4 serta PS5.

Selain itu, penstriman awan bagi pelan premium juga menambah 340 permainan tambahan dari konsol terdahulu seperti PS2, PS3 dan PSP.

Buat masa ini pelan langganan Sony terbahagi kepada 3 iaitu PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Premium.

Selain itu, Sony turut membuat perbaharuan tersebut dengan menggabungkan pelan PlayStation Plus semasa yang mempunyai 48 juta pelanggan dan PlayStation Now yang mempunyai 3.2 juta pengguna.

Menurut ketua penyelidik permainan di Ampere Analysis, Piers Harding-Rolls, langkah Sony tersebut sepatutnya meningkatkan margin kerana lebih ramai pelanggan akan didorong kepada langganan pelan lebih tinggi.

Umumnya, Sony masih lagi peneraju konsol permainan dunia, di mana ia telah menjual hampir 17 juta unit PS5 disebalik isu kekurangan cip di pasaran dan tekanan daripada trend pertumbuhan perkhidmatan langganan permainan.

Namun begitu, tindakan terbaharu Sony yang memperkenalkan perkhidmatan langganan dilihat sebagai tindak balas mahupun mengikuti trend, di mana Microsoft Corp membeli Activision Blizzard, syarikat pengeluar permainan video terbesar dunia dan mendapat akses kepada perkhidmatan langganan Xbox Game Pass.

Setakat Januari 2022, perkhidmatan langganan Sony mencatat 25 juta pelanggan berbayar dengan harga langganan minimum $10 sebulan sementara bagi Microsoft pula, ia meraih jangkaan $4 bilion pada tahun sama dan akan datang dengan harga tawaran Xbox Games Pass pada $250 juta sebulan.

Dalam pada itu, saham Sony pernah menjunam teruk dan syarikat mengalami kerugian sebanyak $20 bilion ekoran pembelian Microsoft terhadap Activition, yang memberi akses kepada Game Pass.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat