Parah! NATO Sedia Kerahkan Ribuan Tentera Ke Sempadan Ukraine!

4,148

Pada hari ini Rusia telah melancarkan serangan berskala besar ke atas Ukraine. Menuru pegawai A.S dan Presiden Joe Biden ini adalah tindakan yang dipilih oleh pemimpin Rusia Vladimir Putin untuk melaksanakan perang dimana ia akan membawa kepada banyak kematian. Menteri Luar Negara Ukraine menyebutnya sebagai “pencerobohan berskala penuh.”

Serangan Rusia bermula beberapa saat selepas Putin berkata beliau memutuskan untuk menjalankan operasi ketenteraan khas yang bertujuan untuk menekan pihak Ukraine agar menyerahkan negara mereka kepada Rusia.

Beberapa siri letupan dan serangan tentera telah dilaporkan di seluruh Ukraine susulan pengumuman serangan oleh Putin. Di ibu negeri Kyiv, siren kecemasan mula berkemundang dan para rakyat telah diperintahkan untuk tetap tinggal dalam rumah.

Kejadian ini telah mendapat rekasi banyak pihak, pencerobohan Rusia ini mendapat kecaman meluas oleh kerajaan di seluruh dunia terutama dari barat. Beberapa negara barat telah meningkatkan sekatan ekonomi ke atas Moscow sebagai tindak balas terhadap serangan itu.

Terkini NATO memilih untuk turun padang. Laporan menyatakan NATO sedang bersiap sedia untuk mengerahkan lebih banyak tentera ke Eropah timur. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO yang merupakan pakatan politik-ketenteraan yang diwujudkan semasa Perang Dingin bersedia untuk memainkan peranan penting dalam hal ini.

Menurut Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg dalam sidang akhbar di Brusselss pada hari ini menyatakan “Dalam beberapa hari dan minggu akan datang… kami akan meningkatkan lagi kehadiran kami di bahagian timur perikatan,”. Lanjut beliau, beribu-ribu tentera telah dikerahkan untuk ke bahagian Timur.

Stoltenberg berkata serangan Rusia itu tidak mengejutkan kerana itu merupakan jangkaan yang telah dijangka oleh risikan mereka selama beberapa bulan. Moscow “tidak pernah serius untuk benar-benar terlibat dalam usaha diplomatik,” tambahnya.

Rusia kini melakukan serangan besar-besaran ke atas Ukraine menggunakan tentera udara, darat dan tentera lautnya, kata Stoltenberg. Krisis geopolitik ini dilihat semakin tegang sejak keputusan yang diambil oleh Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat